History

 

Sebelah W. Mohd

Sebelah ayahnya

W. Mohd bin W. Omar bin W. Chik bin W. Abu. W. Abu dikatakan berasal dari Pattani Thailand dan tinggal di Kuala Terengganu. W. Abu dan anak-anak menetap di Kampung Tani (nama sempena Pattani), berdekatan Tanjung Kuala Terengganu.

W. Chik datang dari Kuala Terengganu ke Kg. Bari bersama dua adik beradik perempuannya. Adiknya W. kelsom yang berkahwin dengan Tok Kaya  di Kg tasik. Mendapat seorang anak lelaki bernama Che Awang. Seorang lagi adik perempuannnya Wan “tak ingat” bernikah dengan Ayah Hitam Che Noh, mendapat seorang anak lelaki bernama Che Muda. Wan Chik mempunyai lebih dari tiga orang adik beradik. Seorang adik beradiknya “tidak diingati namanya” menetap di Brunei Darussalam, dan menjadi orang istana dan tinggal di sekitar istana. Pada asalnya dia sesat semasa pelayaran dan sampai ke Brunei. Kemudian telah diambil bekerja dengan istana brunei dan kemudian berkahwin dengan orang Brunei. Mempunyai dua orang anak perempuan di Brunei.

Setelah dia meninggal di Brunei pernah sampai sepucuk surat dari Brunei supaya adik beradiknya di Terengganu supaya menuntut hartanya yang dikatakan sangat banyak di Brunei. Pada masa itu Wan Chik telah meninggal dunia dan anak-anaknya termasuk W. Omar pernah merancang untuk ke Brunei bagi menuntut harta tersebut, walaubagaimana pun tidak kesampaian.

W.  Chik berkahwin dengan Mek Senik, mendapat beberapa orang anak. W. Seripah,  W. Nawang, W. Wook,  W. Umar,  W. Fatimah.

W. omar pernah berkahwin 7 orang, walaubagaimana pun cuma 3 org isteri yang melahirkan anak-anaknya. Isteri pertama, Mek Chik asal Kg Bari Besar, tiada anak. Isteri kedua, Che Wook (ibu kepada W. Mohd), berasal dari Kampung Darat Batu Rakit dan mendapat seramai 10 orang anak, 4 orang meninggal semasa masih kecil. Che Wook meninggal sewaktu anak bongsunya cuma berumur dua tahun. Isteri ke 3 nama Esah asal Kg Merang, tiada anak.

Isteri keempat ialah Siti Mahani orang Kg Tanjung, Kuala Terengganu, tiada anak. Cuma berkahwin sebentar sahaja dan anak-anak W. Omar pun tidak sempat kenal. Ini adalah kerana Esah datang mengacau kerana mengaku bahawa W. Omar masih suaminya padahal pada masa itu W. Omar telah pun bercerai dengan Esah. Isteri yang kelima bernama Esah berasal dari Kampung Tanjung Sabtu, Jeram, Manir. Mempunyai dua orang anak iaitu Wan Ismail Suhaimi dan Wan Hassan Basari.

Isteri yang keenam ialah Che Sara yang berasal dari Kg Telaga Papan Setiu, cuma berkahwin sebentar dan kemudian bercerai. Isteri ke tujuh dan terakhir ialah Wan Semek berasal dari Kg Padang Machang Kuala Terengganu, mendapat  5 orang anak. Anak-anak mereka adalah W. Osman (meninggal pada tahun 1997 berumur 30-an), W. Zaimah (8 orang anak), W. Yaakub (meninggal pada umur 20-an), W. Mokhtar (4 orang anak) dan W. Nor Akmal (2 orang anak). W. Omar meninggal pada tahun 1985 sewaktu umurnya 74 tahun.

Sebelah ibunya

W. Mohd Bin Che Wook Binti Abdul Rahman. Ayahnya dipanggil Tok Che Man mempunyai ramai keluarga dan sanak saudara di Kg Bukit Tumbuh, mungkin berasal dari situ. Berkahwin dengan Sepiah dan mempunyai 3 orang anak perempuan, Che Wook, Che Chik dan Che Hajar. Mereka semua menetap di Darat Batu Rakit. Kemudian setelah Tok Che man meninggal, Sepiah berkahwin dengan Hamid dan kemudian menetap di Pantai Batu Rakit. Mendapat 3 orang anak, Mamat, Ngah dan Mandak.

Che Wook berjumpa dengan W. Omar sewaktu W. Omar belajar mengaji kitab di Batu Rakit dengan Ayah Su (tidak ingat nama). Ada ramai orang menawarkan kepadanya untuk berkahwin dengan anak gadis di situ lalu W. Omar memilih Che Wook. Pada masa itu sudah menjadi adat orang-orang menawarkan anak-anak gadis mereka kepada orang-orang yang alim. W. Omar dilihat sebagi orang alim kerana dia banyak belajar ilmu agama di pondok-pondok dan dengan tok guru. W. Omar pernah belajar di Kelantan temasuk dengan Tok Kenali, pondok-pondok sekitar Kelantan hingga Pattani. Apabila dia ke Pattani dia akan pulang membawa bunga sanggul (penyepit rambut berbunga) untuk diberikan kepada W. Fatimah adik bongsu yang sangat disayanginya.

Selepas berkahwin dengan W. Omar, Che Wook terus datang menetap di kampung Bari Besar untuk tinggal bersama-sama. Mereka akhirnya dikurniakan 10 orang anak termasuk Wan Mohd. Adik beradik W. Mohd adalah W. Rashid (mati sebelum akil baligh), W. Arip (12 orang anak), W. Razak (6 orang anak, 1 meninggal), W. Sara (7 orang anak, 2 meninggal), W. Natipah (10 orang anak), W. Kamariah (mati kecil), W. Mohd sendiri (12 orang anak), W. Jusoh (meninggal kecil) dan W. Mariam.

 

Sebelah Mariam

Sebelah ayahnya 

Mariam Binti Othman Bin Ahmad Bin Haji Yunus Bin Abu Bakar. Haji Yunus berasal dari Selangor dan datang ke Kampung Penarik. Kemudian berkahwin dengan gadis tempatan bernama Hitam dan menetap di Kampung Gelam Hangus. Setakat diketahui mempunyai 4 orang anak, Ahmad, Rokiah (Mok Nik Kioh), Fatimah (Tok Chik Tremoh) dan Husin (Tok Su Husin). Ahmad atau Pok Long Amat kemudian berkahwin Sepiah dan mendapat dua orang anak, iaitu Kelsom dan Othman (ayah kepada Mariam). Sepiah dan Ahmad kemudian bercerai, semasa itu Othman masih kecil. Kemudian berkahwin dengan Sena tetapi tidak mendapat anak. Sepiah kemudian berkahwin dengan Abdullah (Pok Cik Loh atau Ayah Ngoh Loh) dan mendapat dua orang anak Fatimah (Mok Teh Temoh) dan Mek Chik (Tok Su Mek Chik).

Othman semasa kecilnya banyak menghabiskan masa dengan emaknya Sepiah yang tinggal di Kampung Mangkuk. Belajar mengaji dengan Tok Imam Said di Kampung Mangkuk. Semasa ayahnya (Ahmad) tinggal di Kg Kubang Puyu Chalok, sesekali Othman pergi tinggal dengan ayahnya untuk membuat padi huma di situ.

Othman bernikah buat pertama kalinya pada usianya sangat muda, dikatakan dia masih “kencing di tikar”. Pada masa itu orang tidur di atas tikar dan kanak-kanak biasanya kencing semasa tidur. Dia berkahwin dengan sepupunya yang bernama Fatimah (Mak Ngah atau Mok Chik Timoh) kerana bagi mengelakkan anak dara diambil oleh askar Jepun. Askar Jepun pada masa itu akan mengambil anak dara dan ramai orang kampong akan mengahwinkan anak-anak dara mereka pada usia yang muda bagi mengelakkan dari diambil Jepun. Kemudian Othman akhirnya becerai dengan Fatimah.

Othman kemudiannya berkahwin dengan Semek Binti Kuming yang tinggal sekampung dengannya, iaitu Kampung Nyatoh. Pada masa itu penduduk-penduduk Kg Nyatoh dan Mangkuk adalah terdiri daripada orang-orang yang sama. Pada musim kelaut mereka menetap di Mangkuk dan pada musim padi mereka tinggal di Kampung Nyatoh. Mereka berdua sebenarnya adalah sepupu tiri, kerana emak Othman (Sepiah) berkahwin dengan bapa saudara Semek (Ayah Ngoh Loh).

Othman dan semek lambat mendapat anak, iaitu selepas 4 tahun. Sebelum mendapat anak mereka mengambil anak angkat bernama Wook (Mek Wook atau Che Wook). Setelah itu mereka mendapat 4 orang anak, Mariam (1948), Zariah (1951), Yusof (1957-1997 meninggal) dan Sarbanu (1961).

Sebelah ibunya

Mariam Binti Semek Binti Kuming. Kuming adalah seorang pelayar berasal dari Pattani dan kemudian datang ke Penarik Setiu. Kuming berkahwin dengan Sepiah dan mendapat 6 orang anak iaitu Mek Long (3 orang anak), Minah atau Tok Ngah Minoh (3 orang anak), Mamat (4 orang anak), Semek, Tawang (meninggal semasa remaja kerana “sakit orang baik”) dan seorang perempuan yang meninggal semasa kecil. Dia meninggal kerana terlekat buah kemunting dan pada masa itu dia sudah boleh berjalan.

Kakak sulung Semek iaitu Mek Long meninggal kerana dibaham buaya sewaktu dia hendak mengambil wudhu’ untuk solat subuh di Sungai Nyatoh (Kg. Che Selamoh) pada tahun 1959. Orang cuma menyedari setelah melihat lembu kerbaunya belum dilepaskan, ayam itik belum dilepaskan, pelita dalam rumahnya belum dipadamkan walaupun telah tengah hari. Anaknya Yunus mencarinya di sungai dan menjumpai baldi yang selalu digunakan Mek Long telah berada dalam air, kerana air telah pun pasang. Selalunya baldi itu diletakkan atas darat. Pada tarikh kematiannya dia sedang berpuasa 6 Syawal untuk hari terakhir, keenam. Orang cuma menjumpainya setelah keesokannya. Rambutnya yang panjang dan paru-parunya dijumpai terlekat di julai pokok rengas, dipercayai telah dilambung oleh buaya sebelum diperam bawah perut. Mayatnya putus dua, organ-organ dalamnya telah habis dimakan buaya.

Semek dan Othman tinggal di Nyatoh dan kemudian berpindah ke Kg Buloh sementara menungu rumah barunya di Kg Rahmat siap. Tidak lama kemudian berpindah dan menetap di Felda Chalok, Kg Rahmat pada tahun 1958.

W. Mohd dan Mariam berjumpa sewaktu sama-sama belajar di Pondok Alor Keladi, Besut. Dikatakan W. Omar (ayah W. Mohd) dan Ahmad (ayah Mariam) adalah bersaudara bau-bau bacan. W. Omar memanggilnya Abang Mat, dan Ahmad memanggil W. Omar Adik Wan. Semasa W.Omar ke rumah Othman untuk merisik Mariam kepada W. Mohd. W. Omar datang bertiga ke Kg. Rahmat iaitu Encik Yasin (menantu W. Omar) dan Che Loh (Ayah Encik Yasin).

 

Nota dari pengendali: Semua fakta-fakta di sini tidak muktamad dan masih dibuka untuk dibincang, dipertikai dan diperbetulkan sekiranya perlu. Sila sumbangkan segala maklumat-maklumat yang difikirkan penting untuk diletakkan di sini melalu email pengendali, nafastari@yahoo.com. Terima kasih.

Advertisements

2 responses to “History

  1. seni jari ikhlas

    sebenarnya banyak info yang baru saya ker=tahui mengenai keturunan sebebalah che. payah naka faham, perlu di baca dua tiga kali.huhu

  2. intan safinas abdullah@zetie nor abdullah

    minta tlg carikan salasilah keluarga mek ehah bt omar yg berasal dr terengganu.. Chendering.. Sy sdg mncari ibu yg lahirkan sy…sy msh mnetap drumah keluarga penjaga sy d selangor klang.. 0173251167..trime ksh….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s