About

Lokasi Kg. Bari Besar, Setiu

Bari -bermaksud cerita. Ia juga nama kampung kepada keluarga ini, di mana sebahagian besar daripada kami lahir dan membesar di sini. Tempat bermain, ketawa, menangis, sedih, girang, suka duka, susah senang, jatuh bangun, semuanya di sini. Sebuah kampung yang terletak dalam Daerah Setiu, Terengganu, lebih kurang 30KM dari Pekan Bandar Permaisuri dan 55KM dari Kuala Terengganu.

Laman ini adalah lambang kepada kecintaan keluarga ini kepada tanah tumpah darah ini, lambang ketaatan dan kesatuan dalam berkeluarga dan adalah ekspresi doa serta harapan agar kami tetap begini, biarlah dibuai kenangan-kenangan lampau serta ungkitan-ungkitan lalu yang sama sekali merjernihkan kembali kolam-kolam kasih kami yang mungkin tercemar dek arus kemodenan, tuntutan kehidupan, kesibukan meneruskan survival serta jarak geografi di antara kami yang mungkin berjauhan.

Blog ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada semua anak-anak W. Mohd dan Mariam untuk bercerita mengenai kisah penting dalam hidup mereka. Kisah-kisah seperti perkahwinan, kelahiran, sambutan ulang tahun, majlis keramaian dan kerai’an, perpindahan tempat tinggal, pertukaran kerja, sakit atau kemalangan, dan seumpamanya adalah kisah yang dianggap penting untuk dikongsikan supaya semua ahli keluarga dapat mengetahui segala yang terkini mengenai ahli keluarga ini. Buat masa ini, blog ini dikendalikan oleh Wan Ahmad Fadzil, anak ke 10 dalam keluarga ini.

Sila hubungi pengendali untuk menyiarkan apa-apa yang difikirkan perlu untuk dikongsikan di sini. Pengendali juga berhasrat untuk membuka peluang kepada mana-mana ahli keluarga yang berminat untuk menjadi penyumbang artikel di sini. Untuk memberikan maklum balas, cadangan atau nasihat, sila hubungi beliau di alamat emel: nafastari@yahoo.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s