Kelahiran Ahli Baru

Terdapat pertambahan ahli baru dalam keluarga ini, iaitu seramai tiga orang dalam masa hanya empat bulan. Dua daripada mereka dilahirkan pada bulan April 2009 yang lalu. Muhammad Rafiq dilahirkan pada 13 April 2009 di Hospital Kuala Terengganu.  Untuk pengetahuan Muhammad Rafiq merupakan anak ketiga kepada Wan S. Zuriati. Dua hari selepas itu lahir pula Wan Nadaa Binti Wan Ahmad Fadzil, di hospital yang sama.

Dan ahli yang terbaru setakat ini adalah Wafa yang telah dilahirkan di Hospital Kuala Terengganu pada 10 Julai 2009, secara pembedahan. Wafa adalah merupakan anak sulung kepada Wan S. Saliha dan pasangannya. Difahamkan bahawa ibu dan bayi kedua-duanya berada dalam keadaan yang sihat.Tahniah!

3 Comments

Filed under Pengumuman

UPSR 2008

Tahniah kepada Muhammad Radhi kerana  telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Dan tahniah juga kepada Wan Robia’tul Adawiah yang berjaya mendapat 4A 1B. Semoga kedua-duanya akan terus berjaya di masa-masa hadapan.

3 Comments

Filed under Pencapaian

Marilah Kita Bersatu

Blog ini dibuka bagi memberi peluang kepada semua anak-anak, cucu-cucu serta keturunan W. Mohd dan Mariam untuk bercerita mengenai kisah penting dalam hidup mereka. Kisah-kisah seperti perkahwinan, kelahiran, sambutan ulang tahun, majlis keramaian serta kerai’an, perpindahan tempat tinggal, pertukaran kerja, sakit atau kemalangan, dan yang seumpamanya adalah kisah yang dianggap penting untuk dikongsikan supaya semua ahli keluarga dapat mengetahui segala yang terkini mengenai ahli keluarga ini. Buat masa ini, blog ini dikendalikan oleh Wan Ahmad Fadzil, anak ke 10 dalam keluarga ini. Untuk memberikan maklum balas, cadangan atau nasihat, sila hubungi beliau di alamat emel: nafastari@yahoo.com.

4 Comments

Filed under Pengumuman