Blog ini dibuka bagi memberi peluang kepada semua anak-anak, cucu-cucu serta keturunan W. Mohd dan Mariam untuk bercerita mengenai kisah penting dalam hidup mereka. Kisah-kisah seperti perkahwinan, kelahiran, sambutan ulang tahun, majlis keramaian serta kerai’an, perpindahan tempat tinggal, pertukaran kerja, sakit atau kemalangan, dan yang seumpamanya adalah kisah yang dianggap penting untuk dikongsikan supaya semua ahli keluarga dapat mengetahui segala yang terkini mengenai ahli keluarga ini. Buat masa ini, blog ini dikendalikan oleh Wan Ahmad Fadzil, anak ke 10 dalam keluarga ini. Untuk memberikan maklum balas, cadangan atau nasihat, sila hubungi beliau di alamat emel: nafastari@yahoo.com.

Salam semua. Saya Wan Ahmad hafizuddin B. W. Mohd, Anak ke-12 En W.Mohd. Sekarang saya berada dalam minggu peperiksaan akhir semester. Jadi harap kalian semua dapat menluangkan sedikit masa untuk mendoakan kejayaan saya. Terima kasih.
Blog ini amat bagus sekali. Diharap kita dapat mengeratkan lagi ukhwah antara kita, tidak kira di mana kita berada, kita tetap di bawah bumbung yang sama.
tahniah buat pengendali atas kelahiran blog ini..bijok demo..i like it..moga blog ini maju yer:)
Ummifathi, terima kasih. Anda juga boleh mencipta sesuatu yang seperti ini untuk keluarga anda.